11.18.2011

Bagaimana Berak Dengan Sempurna?

What the ~!


Aku tak tahu sama ada instruction ni berguna atau plain stupid!!

11.16.2011

80's Flashback

This is soooooo true!


I was born in the 80's, and I have experienced this "phenomenon".




Here's a question untuk pastikan anda semua merasai this 80's phenomenon:
What is the connection between these 2 items?



Answer: A pencil (or a pen) was used to wind the cassette!

11.01.2011

Time to Revive

[1.11.11] - Waking Up Stylo Coolio

About 11 months since my last entry in this blog!
Kesibukan (dan juga kemalasan) buatkan aku alpa akan kewujudan blog ni.

1.11.11 is the chosen date for the blog's revival.

Hopefully this blog will continue to grow.

Long.Live.STYLO.COOLIO.


12.05.2010

Jarak Mempengaruhi Penglihatan

Marilyn Monroe atau Albert Einstein?

Hybrid Image adalah ilusi optik yang membolehkan mata kita melihat satu imej dalam dua persepsi yang berbeza - bergantung pada jarak penglihatan.

Gambar di bawah menjelaskan fenomena ini. 

Jika dilihat dengan dekat, korang dapat melihat wajah Albert Einstein. Jika korang gerak beberapa langkah ke belakang, wajah Marilyn Monroe pula yang timbul.


Gambar Marilyn-Einstein hybrid ini dihasilkan oleh Dr. Aude Oliva daripada Massachusetts Institute of Technology.

Klik disini untuk Hybrid Image yang lain.


11.24.2010

Pengertian Multilevel Marketing Yang Sebenar

Multilevel Marketing (MLM) memang mengarut!

Teringat masa aku di kampus dulu, selalu aku dengar member-member masuk MLM. Duit PTPTN diorang guna buat modal bisnes yang kononnya akan dapat pulangan lumayan sampai jutaan ringgit bila diorang graduate nanti.

Ada member-member yang ajak aku join - tapi aku tak layan MLM ni. Pada aku MLM ni bullshit!
Bila aku refused nak join, diorang gunakan ayat psycho camni, "Nanti kalau kau tengok aku bawa kereta sport, kau jangan menyesal tak join benda ni"

Lough-out-loud! In the end kereta sport nya tak nampak, degree diorang ntah ke mana, PTPTN still kena bayar.

MLM dengan mudahnya boleh ditafsirkan sebegini rupa:


Sumber maklumat diperolehi disini

P.S. Sesiapa yang ada plan nak join MLM, think again.

11.22.2010

Manfaatkan Idea Dan Kreativiti Korang

Cara mudah untuk menjana pendapatan sampingan

Korang ada idea untuk produk baru? Hantar idea korang tu di quirky.com.
If idea korang diterima, korang akan terima bayaran royalti daripada setiap hasil jualan produk ciptaan korang.


Di bawah adalah individu yang telah meraih pendapatan ribuan dollar dengan hanya memberi sumbangan idea!


Maklumat lanjut di quirky.com


11.20.2010

Payung Katana

Sediakan payung sebelum hujan

Payung yang kita selalu lihat di bumi Malaysia kebiasaannya sama sahaja - bezanya cuma pada warna dan corak pada permukaan payung itu sendiri. Variasi pada pemegangnya pula ada 2; samaada berbentuk lurus atau bengkok (hook).

Pemegang payung yang menyerupai pedang samurai memberikan kelainan pada reka bentuk payung yang sedia ada. Boleh dibeli di ThinkGeek dengan harga USD29.99 sebilah.





P.S. Kalau bawa dengan cara yang betul, confirm perompak takut nak datang dekat - disangkakan pedang yang sebenar

Disney's Princess = Disney's Babes

Sexy!

Inilah hasilnya apabila watak-watak puteri yang sweet dan innocent dalam kisah-kisah dongeng Disney mendapat sentuhan seni daripada Jeffrey Scott Campbell.

Jeffrey Scott Campbell adalah seorang warganegara Amerika dan pelukis asal komik Danger Girl terbitan Wildstorm Production. Beliau pernah juga menjadi pelukis untuk muka depan komik Amazing Spiderman dan Justice League of America.

Daripada Danger Girl beliau menghasilkan "Danger Princess". 

Macam manalah agaknya jalan cerita watak-watak ini setelah mengalami perubahan penampilan mengiurkan macam ini?

Cinderella

Belle (Beauty and the Beast)

Ariel (The Little Mermaid)

Princess Aurora (Sleeping Beauty)

Snow White

Alice (Alice in Wonderland)

Tinker Bell (Peter pan)

Sumber maklumat: klik di sini

11.19.2010

Bagaimana mengatasi masalah WiFi yang lembap di rumah?

Isyarat WiFi lemah = sambungan Internet perlahan

Aku masih ingat zaman tatkala kabel LAN adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk melayari Internet. Lokasi untuk berinternet amatlah terhad; ditambah pula dengan kabel LAN panjang dan berselirat!

Luckily sekarang ni era internet tanpa wayar. Dengan adanya WiFi, Internet bebas dilayari di mana sahaja - hatta tatkala berada di tandas sekalipun masih boleh membalas email.

Itupun manusia tak pernah bersyukur. Dikatakan pula WiFi ni lembap. Tahukah korang yang kadangkala kesilapan korang sendiri menyebabkan WiFi korang tu lembap?

Maka post kali ini aku berikan tips yang dapat memastikan sambungan WiFi korang berada pada tahap optimum.


Tips #1 Letakkan router korang di tempat strategik

Ramai beranggapan perkara ini adalah remeh - tambahan pula bila interior designer rumah korang (merangkap mak, kakak ataupun isteri) telah menetapkan lokasi khusus untuk diletakkan WiFi router agar dekorasi dalaman rumah enak pada mata mereka yang memandang.

Walhal lokasi router adalah penting untuk menentukan kekuatan isyarat WiFi yang diterima oleh komputer korang.

Letakkan router di bahagian tengah rumah dan elakkan router itu dihalang oleh sebarang objek logam atau dinding konkrit yang menyusahkan isyarat WiFi dicapai oleh komputer korang.


Tips #2 Beli dan pasang WiFi repeater

Seperti namanya, tugas WiFi repeater ini adalah mengulang siar (repeat) isyarat yang dihantar kepada atau diterima daripada WiFi router agar jarak penerimaan WiFi dapat melangkau lebih jauh.

Cara ini amatlah bersesuaian kepada korang yang mempunyai rumah besar atau rumah bertingkat - WiFi repeater diletakkan di antara WiFi router dan komputer.


Tips #3 Tukar saluran pada WiFi router korang

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa isyarat WiFi beroperasi pada frekuensi radio 2.4GHz, iaitu frekuensi yang termaktub di bawah rangkaian industri, kajian saintifik dan perubatan (ISM band). Frekuensi yang sama juga diguna pakai oleh beberapa peranti yang lain, seperti Bluetooth dan alat elektronik generasi terbaru.

Apabila kesemua peralatan yang menggunakan frekuensi 2.4GHz beroperasi pada waktu yang sama dan dalam jarak yang dekat, kemungkinan berlakunya pertembungan data yang menyebabkan maklumat daripada komputer gagal dihantar pada WiFi router.

Maka, cuba tukar saluran pada WiFi router korang dengan menetapkan tatacara (setting) yang ada pada router itu. Rujuk manual router korang untuk maklumat lanjut mengenai cara ini.


Tips #4 Punca masalah bukanlah pada WiFi router

Sebaliknya, masalah berpunca daripada komputer korang sendiri. Hal ini mungkin disebabkan network card korang tidak berfungsi dengan baik atau aplikasi network pada komputer korang tidak ditetapkan dengan betul.

Untuk memastikan komputer korang bukanlah dalang penyebab kelembapan ini, cuba lakukan sambungan WiFi di kawasan awam yang menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma (atau kat rumah member korang).


Tips #5 Kemaskini firmware router korang dan kesemua driver yang berkaitan

Bukan semua peralatan elektrik dan elektronik dapat berfungsi dengan sempurna sebaik ia dikilangkan dan dipasarkan. Disebabkan itulah adanya aplikasi "firmware update" - untuk membaiki kelemahan yang ada pada operasi sesebuah peralatan elektrik/elektronik
Kemungkinan masalah kelembapan sambungan yang korang alami adalah kelemahan yang ada pada firmware terdahulu. Maka korang boleh cuba lakukan firmware update pada Wifi router korang yang kebiasaannya dilakukan melalui gateway settings. Driver yang ada dalam komputer korang pula boleh dikemaskini melalui laman web pengilang (manufacturer) network card korang.

the FIRST one

My very FIRST post in my very FIRST blog

Ini post pertama aku dalam STYLO COOLIO!

Sebagai seorang blogger yang baru nak bertatih dalam arena blog, aku mengharapkan sokongan kalian untuk menjadikan kandungan blog ini menarik dan informatif.

Komentar anda amat dihargai.


P.S. There's always a FIRST time for everything, and BLOGGING is no different